BIOGRAFI SINGKAT IMAM AN-NAWAWI rohimahullah

NAMA : Yahya bin Syaraf bin Murri bin Hasan bin Husain bin Muhammad bin Jam’ah bin Hizam .

GELARAN/JULUKAN : nama panggilan beliau ialah Abu Zakariya. Nama gelarannya Muhyiddin (tapi beliau tidak menyukai gelaran ini)

NISBAH : al-Hizami , dinisbatkan kepada kakeknya yang tertua iaitu Hizam .

TARIKH / TEMPAT LAHIR : dilahirkan pada pertengahan Muharram, 631 Hijriyah di Nawa, Hauran bahagian wilayah Damaskus .

MAZHAB : bermazhab Syafi’ie

PERTUMBUHAN DAN PROSES PEMBELAJARAN :
Segala proses pembelajaran, pertumbuhan pembelajaran beliau di pantau oleh ayah beliau sendiri. Ayah beliau adalah orang yang bertanggungjawab mendorong beliau menuntut ‘ilmu sejak dari kecil lagi. Beliau mengkhatamkan (menghafaz) alQur-an ketika mendekati dewasa. Oleh kerana di Nawa tidak dapat memenuhi kehausan beliau terhadap ilmu, maka ayahnya telah membawa beliau ke Damaskus pada tahun 649 Hijriyah iaitu ketika berumur 19 tahun. Beliau menetap di Madrasah ar-Rowahiyyah. Dari sinilah beliau mula matang dan bermulalah pengembaraan beliau mencari ‘ilmu. Beliau tidak pernah , jarang sekali meletakkan lambungya di atas bumi (jarang tidur). Beliau menghabiskan semua waktunya untuk ‘ilmu. Lalu beliau berhasil mendapatkan sebahgian ‘ilmu2 tersebut.
> Beliau menghafal at-Tanbiih fil Furuu’isy Syafi’iyyah karya Abu Ishaq asy-Syairazi, sekitar empat setengah bulan.
> Beliau mengafal seperempat dari bab al-‘Ibaadaat dari Kitab al-Muhadzdzab fil Furuu’ dalam jangka waktu tersisa pada tahun tersebut.
> Beliau membaca 12 pelajaran setiap harinya, lengkap dengan syarah dan komentar para ulamak.
> Dua pelajaran dalam al-Wasiith,
> Satu pelajaran dalam al-Muhadzdzab,
> Satu pelajaran dalam al-Jam’u bainas Sohihain ,
> Satu pelajaran dalam Sohih Muslim,
> Satu pelajaran dalam al-Luma’ oleh Ibnu Jinni ,
> Satu pelajaran dalam Islaahul Manthiq ,
> Satu pelajaran dalam at-Thasriif ,
> Satu pelajaran dalam Usuulul Fiqh ,
> Satu pelajaran dalam Asmaa-ur Rijal ,
> Satu pelajaran dalam Usuuluddin

beliau mengomentari semua yang berkaitan dengannya, termasuk mengulas masalah yang pelik, menjelaskan ‘ibrahnya, mengoreksi bahasanya dan menerangkan yang samar.

SYEIKH2 BELIAU (GURU2NYA)
A- DALAM BIDANG FIQH dan USUULUL FIQH
1- Ishaq bin Ahmad bin ‘Utsman al-Maghribi, al-Maqdisi
2- ‘Abdurrahman bin Nuh bin Muhammad al-Maqdisi, ad-Dimasyqi
3- Sallar bin al-Hassan al-Irbili, al-Halabi, ad-Dimasyqi
4- ‘Umar bin Bandar bin ‘Umar at-Taflisi asy-Syafi’ie
5- ‘Abdurrahman bin Ibrahim bin Dhiya’ al-Fazari / al-Farkah

B- DALAM BIDANG HADITS
1- ‘Abdurrahman bin Salim bin Yahya al-Anbari
2- ‘Abdul ‘Aziz bin Muhammmad bin ‘Abdul Muhsin al-Ansori
3- Khalid bin Yusuf an-Nablusi
4- Ibrahim bin ‘Isa al-Muradi
5- Isma’il bin Abi Ishaq at-Tanaukhi
6- ‘Abdurrahman bin Abi ‘Umar al-Maqdisi

C- DALAM BIDANG NAHU DAN BAHASA
1- asy-Syeikh Ahmad bin Salim al-Misri
2- al-‘Izz al-Maliki

MURID2 BELIAU
Sekelompok ulama pernah belajar dengan beliau, antaranya Sulaiman bin Hilal al-Ja’fari , Ahmad bin Farh al-Isybili, Muhammad bin Ibrahim bin Sa’dullah bin Jama’ah, ‘Ala-uddin ‘Ali bin Ibrahim (Ibnul ‘Aththar) , beliau selalu menemani Imam Nawawi sehingga digelar Mukhtasar an-Nawawi, Syamsuddin bin an-Naqib, Syamsuddin bin Ja’wan dan sejumlah ulamak yang lain.

AKHLAK DAN SIFAT BELIAU
Para ulamak yang pernah menulis biografinya sepakat bahawa beliau adalah Imam dalam masalah zuhud, teladan dalam masalah wara’ , dan panutan dalam ‘amar ma’uf nahi munkar serta dalam memberikan nasihat kepada para hakim ( pemimpin).

KESIBUKAN BELIAU MENGAJAR
Beliau mengajar di Madrasah al-Iqbaliyyah , al-Falakiyyah dan ar-Rukniyyah milik pengikut madzhab asy-Syafiie. Sebagai pembantu asy-Syams Ahmad bin Khallikan di wilayahnya al-Aula. Beliau juga mengambil alih peanan sebagai Syeikh Daarul Hadiits al-Asyrafiyyah setelah Abu Syamah ‘Abdurrahman bin Ismail meninggal dunia , sehinggalah beliau sendiri meninggal dunia pada tahun 676 Hijriyah.

KARYA ‘ILMIYAH BELIAU
  Imam an-Nawawi telah menulis berbagai bidang ‘ilmu, karya2 beliau terkemuka lantaran kejelasannya, susunan kalimat yang mudah, lafaz yang indah lagi menyenangkan, ketika menjelaskan sesuatu beliau tidak meninggalkan satu titik atau satu isi serta satu faedah melainkan beliau menyebutkannya, dan ketika meringkas, beliau menyebutkan intinya yang paling mengagumkan.

A-DALAM BIDANG HADITS DAN ‘ILMU
  1- Syarh Sohih Muslim
2- Riyaadhus Solihiin
3- Al-Ar’ba’uun an-Nawawi
4- Al-Irsyaadaat ilaa Bayaanil Asmaa-il Mubhaamat
5- At-Taqriib
6- Irsyaadu Thullaabil Haqoo-iq ilaa Ma’rifati Sunani Khairil Kholaa-iq
7- Syarh Sohih Bukhory
8- Syarh Sunan Abi Dawud
9- Hilyatul Abraar wa Syi’aarul Akhyaar fii Talkhiishid Da’awaat wal Adzkaril Mustahabbah fil Lail wan Nahaar ( atau lebih dikenali sebagai kitab Al-Azkaar, kitab yang dibincang sekarang )

B-DALAM BIDANG FIQH
1- Raudhotut Tholibiin wa ‘Umdatul Muftiyiin
2- Al-Majmuu’ Syarhul Muhadzdzab

‘AQIDAH BELIAU : Beliau terpengaruh dengan ‘aqidah Asy’ariyyah, maka dalam Syarh Sohih Muslim beliau banyak menakwilkan hadits2 mengenai sifat2 ALLAH , maka hendaklah hal ini diketahui.

WAFAT : Setelah menetap di Damaskus sekitar 28 tahun, beliau berangkat ke Baitul Maqdis , kemudian kembali ke kampung halamannya, Nawa. Beliau kemudiannya menderita sakit di rumah ayahnya, maka beliau pun wafat dan kembali ke ribaan Robbnya pada tanggal 24 Rejab tahun 667 Hijriyah dan di kebumikan di sana.

Semoga ALLAH memberikan kepadanya balasan atas ilmunya dan para penuntutnya dengan sebaik2 balasan.

Nah bagi kawan-kawan yang mau download kitab azkar silah kan di klik di bawah ini

http://www.ziddu.com/download/19930017/Azkar2.0.rar.html